ARTIKEL

JUARA…Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama pemenang Samarahan Bike Challenge 2024 GHAZALI BUJANG

Samarahan Bike Challenge mampu jadi acara berbasikal terbesar Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Acara Cabaran Berbasikal Samarahan (Samarahan Bike Challenge) 2024 berpotensi menjadi kejohanan berbasikal terbesar di Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan yang memasuki edisi kelapan itu berjaya membuktikan kejayaan penganjurannya serta kelancaran dari segi pengurusan.

“Acara tahunan bahagian Samarahan ini bermula dengan skala kecil pada 2013. Kita hanya mendapat 70 peserta, kini penyertaan seramai 239 penunggang basikal termasuk bekas pelumba handalan meningkat naik,” katanya.

Karim menambah, kerjasama baik antara agensi dan jabatan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dilihat begitu teliti sepanjang kejohanan berlangsung.

“Tahniah kepada penganjur serta agensi mahupun jabatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kota Samarahan(MPKS), RELA dan pengurusan pusat beli-belah dalam penglibatan mereka menjayakan penganjuran ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Karim menegaskan peningkatan sukan berbasikal memupuk usaha untuk menjadikan Sarawak sebagai pusat kuasa sukan serta pembabitan generasi muda dalam sukan terbabit.

Seiring dengan itu katanya, Sarawak kini dalam fasa menyasarkan pembinaan Velodrom Sarawak dan disiapkan sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA akan datang.

Samarahan Bike Challenge 2024 menyaksikan lebih 200 pelumba berbasikal terdiri daripada pelumba tempatan, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Beberapa kategori dipertandingkan merangkumi kategori Belia, Wanita, Junior Lelaki, Lelaki Master A, Lelaki Master B, Kategori 100 dan Terbuka lelaki.

Jumlah keseluruhan hadiah kejohanan dianggarkan bernilai RM22,000.

SENGIT….Aksi pelumba berbasikal kategori lelaki bermula. Foto GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke