Samarahan kembali jingga, lapan daerah kekal merah

 

KUCING: Daerah Samarahan kembali ke status jingga daripada status merah hari ini setelah merekodkan 35 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan keseluruhan tinggal lapan daerah zon merah di Sarawak iaitu Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

‘Sementara Bukit Mabong kembali ke status kuning
daripada status jingga, Tatau pula berstatus kuning daripada hijau selepas merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu.

“Kanowit, Sarikei, Serian, Julau, Subis, Bau, Dalat dan Sri Aman pula kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 224 kes jangkitan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JPBNS, sejumlah 10 daerah berstatus kuning setakat hari ini iaitu Marudi, Mukah, Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh, manakala 13 lagi daerah kekal hijau.

Mengenai pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negeri, JPBNS memaklumkan setakat 5 Mac, sebanyak 12,961 suntikan vaksin telah diberikan sejak program immunisasi
dilaksanakan bermula 26 Februari lalu.

Suara Sarawak