ARTIKEL

SAMAsiswa BENTUK JATI DIRI PELAJAR MELAYU SARAWAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) komited dalam memperkasa barisan siswa dan siswi Melayu serta membentuk jati diri menerusi penganjuran program Samasiswa 2023. 

Ia selaras dengan Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035 dalam teras belia — membentuk generasi ulul albab yang berdisipin untuk melahirkan pemimpin pelapis Melayu unggul dan cemerlang. 

Seramai 48 mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menyertai Program Samasiswa yang berlangsung selama dua hari (23 dan 24 Disember) di Sumiran Eco Park dan Resort.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimas, Profesor Ir Ts Dr al-Khalid Othman, penganjuran pelbagai aktiviti dalam program tersebut mampu membentuk generasi pemimpin yang berwibawa dan berdaya saing dalam menempuh era globalisasi.

“Ia selaras dengan objektif program iaitu meningkatkan pencapaian dalam pendidikan rendah dan menengah untuk memastikan 50 peratus keluarga Melayu Sarawak memiliki ijazah dan 50 peratus memiliki diploma berkualiti. 

“Kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat memastikan perjalanan program berjalan dengan baik,” ujarnya ketika berucap pada majlis penangguhan program di Sumiran Eco Park dan Resort pada Ahad. 

PELUANG

Dalam pada itu, beliau akui pelajar yang memiliki sijil akademik tersebut memiliki peluang mendapatkan pekerjaan dalam jangka masa panjang.

Ujarnya, pelajar yang berlatarbelakangkan kemahiran akademik turut memiliki peluang untuk naik pangkat dan gaji dalam tempoh yang lebih cepat. 

“Menjadi doa dan harapan ibu bapa agar anak-anak mereka menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, negeri dan negara serta memiliki diploma atau ijazah berkualiti.

“Pihak kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan untuk golongan belia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti,” katanya.

Bagaimanapun, dedahnya berlaku penurunan angka pelajar mendaftar menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Justeru, pihak AKYBMS banyak menganjur program untuk pelajar Melayu Sarawak.

 “Bagi memastikan kita berjaya pada masa hadapan, sebagai pelajar harus bersiap sedia menghadapi segala cabaran. “Antaranya, cabaran dari rakan sebaya.

Kajian menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya sangat kuat.

MODAL INSAN

“Jika pengaruh itu amal makruf nahi mungkar, maka ia baik dan harus dipupuk,” ujarnya.

Namun, katanya jika pengaruh rakan sebaya ke arah kemungkaran, kejahatan, maka ia harus dielak dan memutuskan perhubungan dengan mereka.

Ujarnya, pengisian program yang dirangka dapat memupuk jati diri pelajar untuk persiapan memasuki alam pekerjaan. 

“Jati diri penting dalam pembangunan modal insan agar mampu berdaya saing dan mempunyai ketahanan fi zikal serta mental bagi menghadapi cabaran semasa.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak AKYBMS atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. 

Turut hadir, Pengurus Besar AKYBMS, Datuk Dr. Sanib Said, Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak, Dr Dillah Tuah dan Pensyarah Senior Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak, Dr. Santrol Abdullah.

Selain itu, Pensyarah Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak, Fatin Ardani Zamri dan staf AKYBMS turut samasama terlibat memeriahkan majlis tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,