ARTIKEL

Sambut Aidiladha di rumah baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah Haminah Kuchit selepas menerima rumah baharu menerusi Program Rumah Sejahtera Pantai Damai.

Di sebalik kegembiraan itu, Haminah tetap tidak dapat melupakan insiden yang menyebabkan rumahnya ranap dalam kebakaran pada Oktober tahun lepas.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, bantuan rumah tersebut untuk masyarakat yang memerlukan dan menggantikan rumah daif.

Menurutnya, setakat ini lima rumah telah dibina sejak Program Rumah Sejahtera Pantai Damai diperkenalkan pada penghujung 2019.

Dua rumah dibina di Kampung Rampangi Fasa 1, masing-masing sebuah di Kampung Temedak, Kampung Jaya Bakti dan Kampung Buntal.

“Program ini merupakan projek khas kita dalam membantu masyarakat membina rumah.

“Ia adalah hasil kerjasama pemimpin masyarakat yang membantu menyalurkan maklumat mengenai masyarakat yang memerlukan rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan Rumah Sejahtera Pantai Damai kepada Haminah di Kampung Rampangi Fasa 1 semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, rumah baharu Haminah dibina dengan kos RM57,000 dengan dilengkapi tiga bilik tidur, bilik air, bilik mandi, ruang dapur, ruang tamu, bekalan elektrik dan bekalan air.

“Ia mula dibina pada awal April lepas dan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan,” ujarnya.

Sementara itu, Haminah berkata, dia dan adiknya sangat gembira kerana dapat menyambut Aidiladha di rumah baharu.

“Terima kasih kepada Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kerana membantu membina rumah yang selesa ini,” jelasnya.

Turut hadir Penghulu Borhan Piee, Ketua Kampung Rampangi Fasa 1 Julaihi Piee dan Ketua PBB Ranting Kampung Rampangi Fasa 1 Merdehi Mas.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya