Sambut Gawai dengan norma baru

Sekali lagi sambutan Hari Gawai tahun ini dalam keadaan norma baharu. Tiada aktiviti ngabang (menziarah) sepanjang perayaan.

Namun, platform media sosial dihujani gambar masyarakat Dayak meraikan hari berkenaan. Meskipun tidak dapat berjumpa dengan, rakan-rakan dan sanak-saudara, para pengguna media sosial tidak melepaskan peluang berjumpa di alam maya sebagai pengubat rindu.

Kali ini, mereka lebih bersedia dan tahu prosedur operasi standard (SOP) semasa keadaan kes positif Covid-19 masih tinggi.

Jika dibandingkan dengan tahun lalu, jumlah kes positif masih sedikit namun, pematuhan SOP mungkin belum menyeluruh kerana jangkitan Covid-19 belum merebak ke kawasan pedalaman.

Berbeza pula pada tahun ini apabila jumlah kes tinggi kerana telah merebak ke kawasan pedalaman, dan kesedaran tentang pematuhan SOP lebih menyeluruh.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

Suara Sarawak