Trending

Sambut perayaan bersama-sama wujudkan persefahaman dan perpaduan – John Sikie

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk John Sikie dan rombongan bergambar bersama-sama Ding semasa kunjungan TBC di kediamannya di Taman Suarah Bintulu.

BINTULU : Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, malam tadi meluangkan masa mengunjungi kediaman penasihat Persatuan Chen Jia Tai Chi Bintulu, Ding Ching Chuan di Taman Suarah, di sini untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

John Sikie, Pang, Ding serta Nyurak menggaul Yee Sang semasa kunjungan TBC di kediaman Ding.

Turut menyertai kunjungan tersebut ialah isterinya, Datin Melia Gelen, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti serta Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu, Lau Pit Hwa.

Sejurus tiba, Sikie yang juga ADUN Kakus bersama-sama rombongan melakukan acara menggaul Yee Sang sebagai simbolik untuk mencapai kejayaan, kemewahan, kemakmuran, kebahagiaan dan rezeki pada tahun mendatang.

Katanya, walaupun berlainan agama dan kaum, rakyat di Sarawak menghormati kepercayaan masing-masing.

“Justeru, kunjungan TBC merupakan salah satu cara untuk menggalakkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat dan perlu diteruskan,” katanya.

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol