ARTIKEL

FRANCIS Harden merakam gambar kenangan pada Sambutan Chap Goh Mei di Simanggang, malam tadi. Foto UKAS

Sambutan Chap Goh Mei Simanggang tarik lebih 5,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Sambutan Chap Goh Mei kali ke-132 anjuran Simanggang Soon Heng Society di Bandar Merpati Putih di sini berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung malam tadi.

Berlangsung dalam suasana penuh warna-warni dan meriah, orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan Juntoi yang menjadi acara kemuncak sambutan tersebut.

Sebanyak 86 kontinjen dari Saratok, Roban, Betong, Engkilili, Lubok Antu, Batu Lintang dan Kuching selain Sri Aman sendiri mengambil bahagian dalam perarakan pada tahun ini.

FRANCIS Harden menyantuni tetamu pada program sama. Foto UKAS

Menurut Setiausaha Simanggang Soon Heng Society, Goh Kaw Sze, perarakan tahun ini menampilkan lebih 20 kenderaan berhias, enam kumpulan tarian naga, lebih 10 kumpulan tarian singa serta dua kumpulan Chingay atau panji besar yang menjadi antara tarikan utama sepanjang acara tersebut.
“Penyertaan yang semakin bertambah saban tahun membuktikan sambutan dan sokongan masyarakat terhadap perayaan tradisi ini terus kukuh.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara ini,” katanya.

Perarakan tradisi yang telah berlangsung lebih satu abad itu menjadi kemuncak sambutan Tahun Baharu Cina di Sri Aman.

Dalam masa sama, acara itu turut menonjolkan keharmonian masyarakat Sarawak apabila orang ramai daripada pelbagai kaum dan latar belakang bersama-sama memenuhi laluan perarakan bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

SEKITAR kemeriahan Sambutan Chap Goh Mei di Simanggang, malam tadi. Foto UKAS

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Beliau dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap usaha penganjur dalam mengekalkan tradisi warisan yang menjadi identiti masyarakat setempat sejak lebih satu abad lalu.

“Perayaan seperti ini bukan sahaja memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina, malah menjadi platform terbaik untuk memupuk semangat muhibah dan persefahaman antara kaum di negeri ini,” tambahnya.

Acara dimulakan dengan upacara sembahyang di Tokong Ciyun sebelum perarakan bergerak mengelilingi bandar Simanggang, sekali gus menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baharu Cina bagi tahun ini.

BERITA LAIN

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri