ARTIKEL

Orang ramai hadir ke gereja di sini bagi meraikan Jumaat Agung

Sambutan ‘Good Friday’ meriah di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Umat Kristian di seluruh dunia termasuk di bandar raya ini meraikan Jumaat Agung (Good Friday) hari ini menjelang sambutan Hari Paska atau Easter Day pada Ahad ini.

Seperti biasa, sempena Jumaat Agung, satu upacara sembahyang yang dikenali sebagai Jalan Salib akan diadakan di seluruh gereja mengikut masa yang telah ditetapkan oleh gereja masing-masing.

Di Gereja St Dominic and The Rosary Church, Taman Tunku di sini, upacara sembahyang Jalan Salib bermula pada jam 8.30 pagi, dan disertai oleh ribuan umat Kristian.

Upacara tersebut melibatkan 14 perhentian mengelilingi gereja tersebut yang diketuai oleh Rektor Paroki St Dominic and The Rosary Church Taman Tunku, Reverend Fr. Kevin Chundi.

Menariknya, sambutan di gereja tersebut pada kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan persembahan lakonan semula sempena Jalan Salib oleh umat-umat gereja itu sendiri.

Jumaat Agung merupakan satu sambutan yang bertujuan bagi mengingati pengorbanan Tuhan Yesus yang mati disalibkan bagi menebus dosa manusia.

Pada hari yang sama juga, seluruh umat Kristian akan berpuasa bagi mengingati kesengsaraan yang dilalui oleh Tuhan Yesus sebelum mati disalibkan.

Orang ramai hadir ke gereja di sini bagi meraikan Jumaat Agung
Reverend Fr Kevin Chundi mengetuai umat Kristian di sini bagi memulakan upacara Jalan Salib
Lakonan semula adegan Jalan Salib oleh umat gereja St Dominic and The Rosary Church
Barisan pelakon sempena upacara Jalan Salib

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.