SARIKEI: Sambutan Hari Malaysia 2021 Bahagian Sarikei diraikan dengan cara tersendiri ketika negara masih berdepan dengan ancaman pandemic Covid -19.
Walaupun pergerakan terbatas kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) namun semangat cintakan tanah air tetap terserlah dalam normal baharu.
Majlis perasmian program disempurnakan Residen Bahagian Sarikei, Felicia Tan Ya Hua di perkarangan Bangunan Jubli Mutiara.
Dalam ucapannya, Felicia berkata sambutan Hari Malaysia perlu dijadikan sebagai satu asas untuk memperingati dan menghayati serta memahami sejarah penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Katanya, sambutan itu juga bertujuan memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara yang telah berjuang, mengangkat martabat, maruah bangsa dan negara.