ARTIKEL

Sekitar sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62 anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Foto David Andreas (TVS)

Sambutan Hari Malaysia di Jakarta meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62 dengan penuh meriah di ibu pejabat kedutaan di sini, hari ini.

Majlis sambutan tersebut diserikan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serta persembahan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibawa khas dari Bukit Aman.

Dalam ucapannya, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohd Hassan Tengku Husrin berkata tema sambutan tahun ini, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, mencerminkan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan.

Beliau turut menyeru seluruh warga Malaysia di Indonesia agar terus memberikan sokongan padu kepada usaha kedutaan dalam memartabatkan negara, bukan sahaja di peringkat hubungan dua hala tetapi juga dalam kerangka kerjasama serantau ASEAN.

“Kita semua adalah pewaris amanah untuk meneruskan perjuangan demi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia terus berkembang pesat dalam pelbagai bidang, sekali gus mengukuhkan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara.

Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan khas bertajuk “Bercerita Berirama” oleh pelajar Sekolah Menengah 78 Jakarta yang mencerminkan keakraban dan hubungan mesra antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Syed Mohd juga yakin kerjasama erat serta hubungan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis tersebut dihadiri oleh ratusan tetamu termasuk warga Malaysia di Indonesia, wakil kerajaan tempatan, anggota diplomatik serta pelajar.

Sambutan turut diwarnai dengan persembahan kebudayaan dan jamuan istimewa yang menampilkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia