Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Sambutan Hari Malaysia tidak dihadkan, semua negeri boleh jadi tuan rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Penggiliran sambutan Hari Malaysia yang hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak bukan bermaksud untuk negeri-negeri lain tidak meraikan tarikh keramat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu, pemusatan sambutan Hari Malaysia sebenarnya tidak dihadkan kepada Sarawak dan Sabah sahaja, ia terbuka kepada mana-mana negeri yang sanggup menjadi tuan rumah kepada perayaan tersebut.

“Bermakna setiap negeri mesti meraikan Hari Malaysia, jangan memandang ia hanya berlaku di Sabah dan Sarawak sahaja.

“Misalnya jika sambutan peringkat kebangsaan dilaksanakan di Perlis, bukan bermakna orang Sarawak tidak boleh mengadakan atau meraikannya sendiri.

“Ini bukan hari untuk orang Sabah dan Sarawak sebaliknya ia patut diraikan bersama-sama di seluruh negara, bukan mengikut pusat ataupun giliran,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Menurutnya, perkara itu pernah dibincangkan semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2016 dalam jemaah Menteri dengan pandangan Hari Malaysia memang patut diraikan di seluruh negara.

Namun jelas beliau, tidak semua negeri mahu menjadi hos berikutan kos ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru