Trending

Sambutan Hari Pelancongan Sedunia di Miri tahun ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Universiti Curtin Malaysia bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Persatuan Penyelidik Sarawak dan Pusat Bertanggungjawab Borneo (REBORN) jadi tuan rumah sempena acara Hari Pelancongan Sedunia 2023.

Sambutan tersebut diadakan pada 23 dan 24 September ini.

Bertemakan ‘Pelancongan dan Pelaburan Hijau’, acara itu berlangsung di Hotel Pullman Miri, menghimpunkan pemimpin industri, pakar pelancongan dan pegawai kerajaan.

Delegasi bakal berkongsi informasi dan menerokai trend serta inovasi terkini dalam sektor pelancongan.

Menurut kenyataan media pada Rabu, acara tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kreatif Industri dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru