ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia.

Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang terdiri daripada ketua-ketua pengarang agensi berita, barisan pimpinan ISWAMI Malaysia dan wartawan dari Malaysia itu adalah bagi memenuhi undangan sempena sambutan HPN yang diadakan setiap tahun.

Sambutan HPN 2024 yang berlangsung di Dewan Ecovention, Ancol di Jakarta yang mengumpulkan lebih 1,000 pengamal media dari pelbagai agensi berita di seluruh Indonesia itu dihadiri Presiden Indonesia Joko Widodo.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dalam ucapan perasmiannya menyentuh beberapa perkara membabitkan industri media merangkumi aspek ketelusan dalam pelaporan berita secara adil dan seimbang termasuk soal pengadaptasian teknologi terkini dalam profesion itu.

Ketua Pengarang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin berkata ucapan Jokowi itu wajar disambut baik dan dihayati oleh pengamal media Malaysia.

Beliau yang mengetuai delegasi pimpinan media pada sambutan HPN2024 mewakili Kementerian Komunikasi juga berkata wartawan perlu mendukung aspek ketelusan dan keseimbangan dalam tugasan harian meskipun berbeza pandangan.

Baca lain  Fahmi Fadzil: Malaysia tidak akan benarkan buka rumah pelacuran

“Dalam masa sama juga saya setuju dengan Presiden Indonesia Jokowi bahawa kita perlu menerima perubahan teknologi dan mengguna pakai apa jua teknologi yang memanfaatkan kita,” katanya ketika ditemui selepas majlis HPN 2024.

Sementara itu, Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani Ashwad Ismail berkata pihaknya akan meneruskan usaha dalam mengeratkan lagi hubungan jalinan kedua-dua negara serumpun menerusi program ISWAMI.

“Kita ingin melihat ke arah bagaimana Indonesia dan Malaysia dapat membina satu kefahaman mengenai penceritaan yang lebih positif dan belajar daripada satu sama lain dalam aspek ekonomi hijau, ekonomi digital, kesenian dan pendidikan. Ini yang kita akan susun untuk wartawan Malaysia-Indonesia,” katanya.

Pada 12 Feb, seramai 15 wartawan daripada pelbagai agensi berita dari Malaysia tiba di Jakarta, Indonesia sempena Program Jejak Serumpun ISWAMI Malaysia yang berlangsung selama 10 hari, sehingga hari ini.

Sepanjang keberadaan delegasi media itu di Jakarta, pelbagai siri lawatan telah diadakan antaranya ke Ibu Pejabat DANA Indonesia, The Jakarta Post, Dewan Pers, ANTARA News Agency, Persatuan Wartawan Indonesia, Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia, termasuk beberapa lokasi tumpuan pelancong.

Baca lain  Tiga lelaki bertopeng rompak emas bernilai RM1.4 juta

Siri lawatan itu membuka ruang kepada wartawan Malaysia untuk berkongsi input bersama barisan pimpinan media Indonesia berhubung cabaran industri media negara serumpun, landskap politik di Indonesia, dan masa depan industri media.

Kesemua peserta delegasi ISWAMI Malaysia dijadual berlepas pulang petang esok.

ISWAMI adalah forum wartawan Malaysia-Indonesia yang ditubuhkan pada 2003 sebagai jambatan kepada hubungan media Malaysia dan Indonesia berperanan membina kemakmuran bersama kedua-dua negara rumpun Nusantara. – BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang