ARTIKEL

Rombongan wakil rakyat mengunjungi keluarga Awang Radin. - Foto: UKAS

Sambutan Hari Raya diraikan masyarakat berbilang bangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Walaupun Hari Raya Aidilfitri lazimnya disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, namun kemeriahan hari lebaran tersebut turut diraikan oleh masyarakat berbilang bangsa di negeri ini.

Tidak mengira pangkat dan darjat, pemimpin mahupun masyarakat biasa tidak putus mengunjungi saudara mara dan sahabat handai mereka yang meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Tidak melepaskan peluang ialah Timbalan Menteri Digital Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang, dan Ahli Dewan Negara, Senator Michael Mujah Lihan, yang telah berkunjung ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

Kunjungan ke beberapa buah rumah umat Islam di Kampung Hijrah Jaya dan Kampung Melayu Belaga bermula dari sebelah pagi hingga ke petang.

Rakyat pelbagai kaum di Belaga juga mengambil kesempatan ini untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan mereka yang ada di Kampung Hijrah Jaya dan Kampung Melayu Belaga.

Hadir sama, pemangku Pegawai Daerah Belaga, Bidah Lujah, Ketua Polis Daerah Belaga, Jimbai Bala, serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di sekitar Belaga. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA