Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sambutan Hari Sarawak diraikan secara maya, dipancarkan langsung daripada TVS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
HARI SARAWAK... Dari kiri: Abdullah Saidol, Hasidah, Kui Hian, Naroden dan Snowdan menunjukkan poster Hari Sarawak 2021 selepas sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. (FOTO - Jabatan Penerangan Negeri Sarawak)

KUCHING: Sambutan Hari Sarawak pada tahun ini akan disambut secara hibrid iaitu secara maya dan siaran langsung seperti pada tahun lalu susulan daripada wabak Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Sim Kui Hian berkata, hanya satu acara rasmi akan diadakan sempena sambutan pada 22 Julai itu yang terhad kepada tetamu jemputan sahaja.

“Walaupun kita masih dilanda Covid-19, namun ia tidak mematahkan semangat rakyat Sarawak untuk meraikan Hari Sarawak pada tahun ini.

“Hari Sarawak adalah untuk semua rakyat negeri ini dan sebagai rakyat Sarawak, anda boleh meraikan sambutan hari tersebut mengikut cara sendiri tidak kira di mana anda berada,” katanya ketika sidang media sambutan Hari Sarawak 2021 di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru