ARTIKEL

Santa Claus mengagihkan hadiah kepada hadirin.

Sambutan Krismas Kampung Bumbok meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Krismas di Kampung Bumbok berlangsung meriah menerusi penganjuran Upacara Sembahyang Krismas, iaitu acara tahunan kampung tersebut yang diadakan setiap 25 Disember.

Upacara itu bertujuan memohon keberkatan serta kesyukuran dan menjadi acara utama yang dilaksanakan setiap kali menjelang Hari Krismas.

Upacara sembahyang berlangsung bagi memohon berkat sempena perayaan Krismas.

Program yang berlangsung di Gereja St. David berjaya menghimpunkan ahli keluarga serta sahabat handai bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Sepanjang program, jemaah gereja bersama penduduk kampung mengikuti upacara sembahyang secara khusyuk sebelum diteruskan dengan pelbagai pengisian kerohanian.

Antara pengisian utama ialah upacara sembahyang diikuti nyanyian lagu-lagu Krismas yang menambahkan suasana perayaan serta keharmonian dalam kalangan hadirin.

Pada penghujung upacara sembahyang, program diteruskan dengan aktiviti khas yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak.

Kanak-kanak khususnya kelihatan ceria apabila mengenakan pakaian Santa Claus untuk mengagihkan hadiah atau buah tangan kepada hadirin tanpa mengira usia.

Selain itu, turut diadakan program selingan iaitu penyampaian insentif kepada kakitangan gereja yang telah lama berkhidmat sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka.

Penghargaan turut diberikan kepada kumpulan pemuda dan pemudi gereja yang aktif membantu dalam program Krismas caroling yang berlangsung beberapa minggu sebelum sambutan Krismas di kampung tersebut.

Seusai upacara sembahyang, hadirin turut meluangkan masa di gereja melalui jamuan ringan dan sesi beramah mesra, sekali gus mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan kebersamaan komuniti Kampung Bumbok.

Inisiatif penduduk kampung itu dilihat sebagai platform penting dalam menjalin hubungan kekeluargaan yang baik dalam kalangan komuniti setempat.

Sekali gus memberi peluang kepada ahli keluarga yang bekerja jauh, termasuk perantau dari luar Sarawak dan luar negara, untuk pulang berkumpul serta meraikan perayaan bersama-sama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU