ARTIKEL

Sambutan libatkan semua kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TELANG USAN: Sambutan Hari Raya Aidiladha antara salah satu budaya yang turut melibatkan kaum bukan Islam meraikannya di Long Lama, seterusnya memudahkan urusan ibadah korban sejak dulu lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, sambutan perayaan tersebut juga mampu mengeratkan hubungan antara umat Islam dengan kaum lain.

“Sikap toleransi kaum yang begitu jitu di kawasan ini sehingga urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan berjaya kerana kaum bukan Islam turut datang membantu memotong daging korban selepas penyembelihan untuk diagihkan kepada penerima. 

“Kerjasama erat seperti ini telah meringankan kerja yang berat sebagai tanggungjawab bersama,” katanya semasa berucap pada Majlis Aidiladha di Masjid Darussalam Belarek di sini, semalam.

Difahamkan, sembilan lembu diterima oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darussalam Belarek untuk korban tahun ini dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyumbang seekor lembu.

Malah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof juga menyumbang seekor lembu untuk diagihkan kepada penduduk di sini.

Sementara itu, seramai 170 penerima terdiri daripada golongan asnaf, orang kelainan upaya (OKU) dan mualaf menerima sumbangan wang ehsan yang diserahkan oleh pihak masjid.

Dalam majlis yang sama, Dennis turut mengumumkan peruntukan RM80,000 untuk pelaksanaan projek memperluaskan kawasan Masjid Darussalam bagi memudahkan jemaah meletak kereta pada masa akan datang.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

BERITA TERBARU