ARTIKEL

Sambutan luar biasa studio gambar hari raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MINAT mendalam dalam bidang fotografi menjadi pendorong utama anak muda ini mencebur diri dalam dunia perniagaan.

Berbekalkan pengalaman selama lapan tahun, Mohd Muhidin Mohd Ismail akhirnya berjaya membuka sebuah studio pada 2021.

Menurut pemuda berusia 39 tahun ini, dia memulakan pengajian di Kolej Komuniti pada 2013 dengan mengambil jurusan asas fotografi, iaitu Fotografi dan Pengimejan Kreatif.

“Setelah memiliki sijil dalam bidang ini, saya terus mula menawarkan perkhidmatan asas fotografi dalam perkahwinan pada 2014, kemudian membuka studio pada 2021.

“Pada permulaan itu, sambutan sangat menggalakkan kerana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Suara Sarawak di studionya di Kota Samarahan, baru-baru ini.

Jelasnya, agensi kerajaan juga banyak membantunya melalui peruntukan pinjaman.

Tambahnya, pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan modal tambahan sendiri membolehkannya membuka sebuah studio penggambaran iaitu D&E Photography.

“Saya berjaya membuka studio ini menggunakan modal sendiri dan bantuan pihak AIM,” ujarnya.

Di samping itu, segala kerja di studionya turut dibantu isteri tercinta, Nuraini Mohd Nasir.

Menurutnya, isterinya banyak membantu melakukan kerja-kerja di studio kerana ada ketikanya dia perlu keluar atas urusan kerja.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi bahawa sambutan pada Aidilfitri tahun ini agak memberangsangkan kerana kebanyakan tempahan slot penggambaran hari raya di studio dari hari pertama sehingga keenam sudah penuh.

Lebih mengejutkan jelasnya, tempahan serta-merta penuh dalam masa sehari selepas membuat promosi di laman Facebook miliknya.

Muhidin mengakui sambutan pada tahun lepas lebih memberangsangkan berbanding tahun ini.

“Tahun ini agak lambat sedikit sambutan untuk penggambaran raya di studio berbanding tahun lepas walaupun kebanyakan slot penuh diisi,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Mahidin memaklumkan terdapat banyak cabaran yang dihadapi sepanjang bergelar jurugambar.

“Cabaran yang sering dihadapi adalah dari segi persaingan kerana semakin lama semakin ramai jurugambar yang menawarkan harga di bawah pasaran.

“Jadi saya terpaksa akur dan mengikut rentak mereka, sekali gus melakukan sehabis baik dengan bersaing secara sihat dengan yang lain,” katanya.

Selain cabaran, Muhidin juga pernah berada pada titik terendah sebagai seorang jurugambar.

Antara titik terendahnya adalah apabila banyak peluang kerja dicuri oleh jurugambar lain.

Lanjutan daripada itu, beliau juga berkata, setakat ini beliau kehilangan hampir tiga projek besar.

Bagaimanapun, Muhidin kini merancang untukmenambah baik segala peralatan bagi kegunaan penggambaran di studio serta mencari sebuah studio yang lebih sesuai untuk keselesaan pelanggannya.

“Buat masa ini, saya merancang untuk menambah baik segala peralatan atau membeli peralatan baharu untuk kegunaan saya dan mencari studio yang lebih kondusif dan selesa untuk keutamaan pelanggan saya,” ujarnya.

Dengan penambahan peralatan, beliau akan dapat mempercepatkan proses menyiapkan barang-barang pelanggan.

Akhir sekali, studionya turut menawarkan pelbagai pakej pada harga yang berpatutan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

Antara pakej yang Muhidin tawarkan adalah pakej untuk hari raya, perkahwinan dan graduasi.

Pakej raya ditawarkan dengan harga di bawah RM250 bagi tempoh tertentu, pakej graduasi di bawah RM200 dan pakej perkahwinan dengan purata RM2,000 mengikut kemampuan pelanggan.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan boleh menghubungi Muhidin di talian 011-12189 9530 atau melayari Facebook miliknya, Mohamad Muhidin.

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)