ARTIKEL

Sambutan Maulidur Rasul saudara kita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANGGAL 12 Rabiulawal Tahun Gajah dirai umat Islam sebagai hari kelahiran nabi terakhir diutuskan oleh Allah SWT dalam Islam — Nabi Muhammad SAW.

Jatuh pada 28 September pada tahun ini, umat Islam di Malaysia merai sambutan Maulidur Rasul bagi mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Menjadi saudara baharu ketika berada di tingkatan empat pada Februari 1992, Ketua Unit Pembangunan Saudara Kita (USK) Sarawak merangkap Penyelaras USK Sarawak, Rashidah Abdullah teruja merai Maulidul Rasul sebagai golongan mualaf.

Beliau mula melibatkan diri dalam sambutan Maulidur Rasul ketika di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serian pada 1994 dengan mengikuti pertandingan sepanduk.

Selama dua tahun berturutturut, beliau menang dalam pertandingan sepanduk sempena Maulidur Rasul antara masjid, sekolah daerah Serian.

Namun, beliau tidak mengikuti pertandingan tersebut sehingga 2008.

Rashidah kembali aktif melibatkan diri apabila berada dalam Persatuan USK Sarawak dan setiap tahun mereka menghantar peserta yang terdiri daripada golongan mualaf untuk perarakan Maulidur Rasul.

Baca lain  Bawa seni ke Beladin

Beliau juga tidak putus memberi sokongan sekiranya mempunyai program keagamaan.

Menurut Rashidah pada tahun ini, tiga kontinjen USK dari bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dengan penglibatan sebanyak 60 peserta turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul di Padang Merdeka.

“Peserta memakai pakaian etnik kaum Iban, Bidayuh, Ulu dan sebagainya.

“Kami menggalak saudara kita berpakaian etnik supaya dapat menyampaikan mesej bahawa Islam tidak menghalang mengamalkan adat dan budaya dengan syarat bersesuaian kehendak agama.

“Ia juga dakwah untuk keluarga bukan Islam bahawa, walaupun bertukar agama, kami mualaf tidak membuang semua adat kaum.

“Sebagai contoh, pakaian etnik boleh disesuaikan mengikut tuntutan syarak seperti bahagian pendek menjadi panjang,” katanya kepada Suara Sarawak.

DIRAI BERSAMA

Rashidah mengatakan mualaf bersama-sama dengan umat Islam lain menyambut hari peringatan kepada Nabi Muhammad SAW tanpa perbezaan.

Walaupun tidak pernah melihat Nabi Muhammad SAW, sebagai umat Islam keyakinan menunjukkan keimanan diri.

Ia juga merupakan amalan mulia serta cara menunjukkan kesyukuran umat Islam atas rahmat yang diturunkan Allah SWT.

Baca lain  Apabila nama sudah tercatat sebagai tetamu Allah

Katanya, rahmat terindah adalah apabila tertarik dan menerima Islam.

Rashidah selalu berpesan dengan saudara kita bahawa mereka perlu menunjukkan perasaan cinta akan agama Islam kerana kebiasaan keluarga mereka (bukan Islam) menilai sejauh manakah pengamalan mereka dalam Islam.

AKTIVITI USK

Setiap program melibatkan perayaan Islam, USK melibatkan diri sebagai tanda sokongan.

“USK Sarawak mempunyai 71 cawangan berdaftar bawah Majlis Islam Sarawak dan diberi dana aktiviti khas untuk mualaf bergerak secara terurus melalui pelbagai program keagamaan.

“Dana tersebut digunakan untuk pembangunan mualaf sama ada melalui pendidikan, kebajikan ataupun untuk kami berkumpul memberi motivasi sesama ahli.

“Apabila memeluk Islam, terdapat keluarga yang melihat kami sebagai orang asing.

Penubuhan USK Sarawak dapat mengumpul golongan seperti kami,” jelas Rashidah.

Mengetuai USK Sarawak merangkap penyeralaras USK Sarawak, ia tanggungjawab besar untuk Rashidah mengurus 71 cawangan di seluruh Sarawak.

Namun, dengan bantuan hampir 800 sukarelawan mualaf, ia amat membantu menguruskan saudara kita di Bumi Kenyalang ini.

Selain itu, cara mualaf mendapatkan ilmu agama masih luas.

Baca lain  BILIK MARAH

Ini bermakna mereka mudah mendapat pengetahuan agama Islam melalui program diadakan.

Ulas Rashidah, selain mengikuti perarakan sempena Maulidur Rasul, mereka juga pegi ke perkampungan membuat ceramah.

Ceramah tersebut disampaikan oleh umat Islam yang mempunyai pengetahuan agama mendalam seperti pencerawah dakwah.

Walaupun Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) memberi sokongan dengan menghulurkan dana kepada USK Sarawak bergerak, mungkin ia boleh ditambah ekoran faktor ekonomi semasa.

Rashidah juga berharap agar pelapis mereka mempunyai pendedahan lebih banyak dan golongan mualaf sentiasa berkumpul untuk bergerak bersamasama mendalami Islam.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

TAUTAN KASIH MADANI AGENSI ISLAM

IKMAS baru-baru ini mengadakan Program Tautan Kasih Madani sempena Majlis Ramahtamah Agensi Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis diraikan dengan penuh kemeriahan dan

Perkasa komuniti celik digital

SETIAP tahun, 17 Mei dijadikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia yang diraikan bagi mengiktiraf peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam membentuk

Anak cerminan ibu bapa

IBU bapa merupakan pendidik pertama anak. Segala tingkah laku anak sering dikaitkan dengan cara ibu bapa membesarkan mereka. Dalam konteks ini, anak mudah belajar dengan

Guru didik anak bangsa berjaya

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang, 14

Banyak program khas

MELIHAT kejayaan pelaksanaan program belia dalam suku pertama tahun ini, Ikram Kawasan Bintulu membuat perancangan untuk meluaskan program khas buat belia. Menggunakan landskap yang digemari

BERITA TERBARU