ARTIKEL

Sambutan Pertandingan Kecergasan Sarawak 2023 menggalakkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertandingan Kecergasan Sarawak 2023 yang berlangsung di Kelab Functional Fitness, La Promenade Mall, Kota Samarahan hujung minggu lalu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program tiga hari (12, 13 14 Mei) itu disertai peminat seni kecergasan di sekitar Kuching, Kota Samarahan termasuk beberapa buah negeri seperti Sabah, Selangor dan tiga negara tetangga iaitu Brunei Darussalam, Singapura serta Thailand.

Pengasas Kelab Functional Fitness, Chai Kian Yew berkata, penyertaan amat mengalakan menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara yang turut menyediakan hadiah wang tunai kepada pemenang.

“Seramai 103 orang telah menyertai pertandingan tersebut, dan 60 orang daripada mereka berjaya mara ke pusingan akhir,” katanya.

Hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick.

Empat kategori dipertandingkan selama tiga hari program itu berlangsung.

Antaranya, RX Invitational Lelaki/Perempuan/Perempuan, Scale Perempuan, Scale Lelaki/Perempuan dan Scale Lelaki/Lelaki.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC