ARTIKEL

Kiri: Hii, Dr Sim dan Tiang bersama-sama yang lain memegang poster Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Peringkat Negeri pada sidang media berkenaan.

Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Negeri dijangka disertai 5,000 tetamu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Negeri yang julung kali diadakan dijangka menarik lebih 5,000 tetamu, termasuk orang awam untuk menyertai perayaan itu.

Sambutan yang diadakan pada 10 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari jam 9 pagi hingga 3 petang ini menjemput orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan lagi perayaan berkenaan.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakamkan ucapan terima kasih kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas sokongan menganjurkan rumah terbuka ini dalam skala yang besar.

“Rumah terbuka bermakna tiada jemputan diperlukan, semua orang dijemput. Pada masa sama, ia dapat mengukuhkan keharmonian kaum, seterusnya meningkatkan semangat Sarawak seperti yang diperlukan oleh negeri untuk pembinaan negara.

“Sambutan ini bermakna kerana ia mencerminkan kepelbagaian etnik di Sarawak, selain mampu meningkatkan semangat perpaduan dengan mengunjungi satu sama lain semasa musim perayaan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Wisma Bapa di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Sim yang juga pengerusi penganjur meluahkan keyakinan bahawa sambutan ini akan menjadi contoh kepada negara.

Baca lain  Keprihatinan Abang Jo lonjak pembangunan Sarikei

“Kita mahu mempamerkan bahawa ini bukan sekadar rumah terbuka Sarawak. Tetapi, ini akan menjadi tempat masyarakat Cina di Sarawak bekerjasama dengan kerajaan untuk sambutan itu.

“Walaupun ini kali pertama diadakan, namun dengan bekerjasama semua pihak pasti dapat menampilkan acara ini sekali gus, menjadi contoh kepada Malaysia,” tambahnya.

Sementara, rumah terbuka dijangka diserikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi, serta Abang Johari dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Dr Sim (duduk, tengah) bersama-sama jawatankuasa penganjur Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Peringkat Negeri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU