SAMENTA mohon Pendekatan lebih toleran, isu pelanggaran SOP oleh PKS

KUCHING: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) menggesa agensi kerajaan terutama pihak berkuasa mengamalkan pendekatan perundingan terhadap pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusi SAMENTA Pusat, Datuk William Ng berkata PKS sememangnya perlu mematuhi semua SOP namun ada ketikanya terdapat isu yang berada di luar kawalan PKS.

“SAMENTA mencadangkan agar amaran keras diberikan sekiranya PKS didapati melanggar SOP bagi kali pertama, atau denda bernilai lebih kecil berbanding maksimum RM50,000 yang dikeluarkan pada ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Mei 2021

Suara Sarawak