CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Sampadi family hide out

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

AKTIVITI berkemah kini menjadi trend orang ramai yang menginginkan suasana tenang dan lari sebentar dari kesibukan bandar.

Bagi penggemar aktiviti riadah, Sampadi Family Hide Out mungkin jadi antara pilihan yang tepat.

Kira-kira 70 kilometer dari Kuching, tapak perkhemahan itu terletak di Kampung Sampadi, Lundu.

Pengunjung boleh menikmati pengalaman berkhemah di kawasan tepi pantai untuk santai dan beriadah.

Sampadi Family Hide Out menyediakan tapak perkhemahan beralaskan tanah rata dengan pemandangan biru laut, langit dan keindahan matahari terbenam.

Walaupun lokasinya agak jauh dari pusat bandar, namun ia sesuatu yang berbaloi bagi mereka yang mahu beriadah dengan tenang.

Suasana kampung disajikan dengan kicauan burung pada waktu pagi pasti memberi kelainan.

Pengalaman unggun api buat pertama kali sesuai dinikmati dengan persekitaran sejuk sambil minum minuman hangat Sampadi Family Hide Out turut menyediakan barangan keperluan seperti ubat nyamuk, minuman dan makanan untuk kemudahan tetamu.

Pelbagai kemudahan disediakan termasuk tandas dan kawasan parkir.

Tapak perkhemahan ini sesuai untuk semua peringkat umur.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Idea hiasan MEJA MAKAN

PERTIMBANGKAN BENTUK MEJA Apabila memilih hiasan meja makan, langkah pertama

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru