ARTIKEL

Sampah plastik cacatkan pemandangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit.

Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari.

Namun, pernahkah kita terfi kir peribahasa tersebut juga boleh diaplikasikan kepada sikap masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata?

Mungkin ada yang berfi kir, ia hanya plastik atau sampah kecil.

Tetapi, apabila terlalu ramai mempunyai pemikiran seperti ini, tentunya ia merosakkan pemandangan serta menjadikan sesuatu kawasan penuh dengan sampah sarap.

Ia bukan sahaja merosakkan pemandangan, tetapi juga menimbulkan persepsi negatif pengunjung yang datang ke tempat kita.

Penulis mengambil contoh di Pantai Kaul Mukah, yang juga menjadi tumpuan utama pengunjung apabila berkunjung ke Mukah.

Ini kerana, pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam.

Tetapi, disebabkan sampah sarap yang semakin hari semakin banyak, tentunya ia boleh mengurangkan kehadiran pengunjung sekali gus menyebabkan mereka tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Baru-baru ini, penulis menyertai Program Sukarelawan Membersihkan Pantai Kaul dan rata-rata sampah yang dikutip ialah plastik seperti botol, bekas minuman dan makanan.

Daripada program tersebut, sebanyak 124 bungkus plastik penuh dengan sampah berjaya dikutip. 

Melihat situasi pembuangan plastik ini, tidak dinafi kan sikap masyarakat itu sendiri yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa tempatan juga perlu mengambil tindakan atau menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan Pantai Kaul untuk mengurangkan pembuangan sampah di merata-rata tempat.

Menjelang Pesta Kaul 2024, tentu kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai.

Adalah wajar pihak bertanggungjawab menjalankan pembersihan bagi menjaga imej pelancongan Mukah.

Di samping itu, orang ramai juga perlu menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar dan membuang sampah ke tong yang disediakan.

Walaupun jarak tong sampah yang disediakan agak jauh, tetapi jika kita mempunyai perasaan cinta akan alam sekitar, perkara tersebut tidak menjadi masalah.

Tanggal 22 April merupakan sambutan Hari Bumi dan pada tahun ini, ia bertemakan “Planet vs Plastik” yang menggesa kesedaran meluas risiko kesihatan plastik dengan matlamat utama untuk mengurangkan 60 peratus daripada semua pengeluaran plastik menjelang 2040.

Memetik laporan tempatan, tema ini bersesuaian dengan rakyat di Malaysia kerana Malaysia menjadi negara penyumbang kedua tertinggi pencemaran plastik di Asia dengan purata setiap individu menggunakan hampir 17 kilogram (kg) plastik setahun.

Berdasarkan laporan Tabung Alam Sedunia (WWF), pada 2020 penggunaan plastik makanan di Malaysia dianggarkan mencecah 148,000 metrik tan.

Ini menunjukkan bahawa plastik menjadi penyumbang utama pencemaran di daratan dan lautan.

Ramai tidak menyedari bahawa plastik ialah musuh senyap kepada manusia.

Oleh itu, diharapkan kita menjadi masyarakat yang cinta akan alam sekitar sekali gus menunjukkan imej baik di kawasan sendiri.

BERITA LAIN

Seimbangkan HIDUP, KERJAYA

KEBELAKANGAN ini, terdapat banyak penekanan berkaitan kepentingan mencapai keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan. Ia merupakan isu hangat disebabkan peredaran masa yang banyak mengubah cara kita

Pengurusan stres

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan. Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri

Mudahkan urusan waris

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

Pengaruh Kitaro

TAHUN ini merupakan tahun ketiga saya terlibat dalam liputan penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak (SCV). Dari segi

BERITA TERBARU

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat