ARTIKEL

Sampah plastik cemar lautan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk memasuki laut dan lautan.

Laporan menyebut, kurang daripada 10 peratus plastik yang digunakan dikitar semula.

Sejak 1950, sebanyak 14 peratus dibakar dan selebihnya 76 peratus dibuang di tapak pelupusan sampah serta dilepaskan ke alam sekitar termasuk ke laut melaui faktor angin dan air hujan.

Sungai dikenal pasti menjadi lebuh raya semula jadi transit untuk sisa plastik mencemar laut.

Sementara, banyak pula sisa plastik di lautan disumbangkan daripada

pencemaran secara langsung, termasuk aktiviti nelayan misalnya membuang sisa pukat ikan.

Trend peningkatan besar pencemaran plastik ini giat bermula sejak 2005.

Ini kesan panjang daripada revolusi industri abad ke-20 yang menafikan peranan sumber alam semula jadi seperti daun, kulit kayu sebagai pembungkus makanan.

Plastik sudah menjadi alternatif memudahkan cara hidup moden termasuk sebagai pembungkus makanan, peralatan serta keperluan perniagaan industri.

Kesan hidup moden, sampah plastik bertambah sehingga 2.6 kali ganda memasuki perairan dari 2016 hingga 2040.

Sesungguhnya, pembuangan sampah plastik di lautan memberi impak negatif ke atas ekosistem.

Sampah plastik mengambil masa sangat lama untuk terurai; misalnya beg atau botol plastik mengambil masa sehingga 500 tahun untuk terurai di tapak pelupusan sampah. Manakala, sisa plastik yang tertanam di dalam tanah mengambil masa sehingga 1,000 tahun untuk terurai. 

Baca lain  Bukan sehari dua baiki rumah rosak

Sampah yang terkumpul di lautan pula dikatakan mampu membentuk vorteks sisa plastik mencapai saiz tiga kali ganda keluasan Perancis seperti digambarkan Luois Lugas Wicaksono.

Lugas menggunakan data hasil kajian Lourens J.J. Meijer yang mendedahkan terdapat 20 negara paling banyak mencemarkan lautan dengan sampah plastik.

Anda jangan terkejut jika Malaysia tersenarai menduduki ranking tangga ketiga, negara menghasilkan banyak sampah di lautan iaitu sebanyak 73,098 tan metrik.

Filipina direkod negara tertinggi di dunia mencemar lautan dengan menghasilkan 356,371 tan metrik sampah plastik, diikuti India 126,513 tan metrik.

Negara lain jadi penyumbang pencemaran plastik di laut ialah China, Indonesia, Myanmar, Brazil, Vietnam, Bangladesh dan Thailand.

Sebagai perbandingan, AS, Rusia, Jerman, UK dan Jepun sebenarnya menghasilkan lebih banyak sisa plastik berbanding Malaysia, namun kesedaran dan sikap ambil peduli tinggi berjaya mengelak sisa plastik marin berakhir dalam ekosistem marin.

Kenapa negara Asia jadi faktor penyumbang pencemaran plastik yang tinggi di lautan?

Faktor seperti garis pantai yang panjang, curahan hujan tinggi dan pengurusan sisa sampah yang lemah, penyumbang kepada pembuangan sampah plastik ke lautan.

Kajian Yayasan Pengguna Negara Malaysia mendapati hampir 600 juta daripada purata 700 juta kilogram plastik setahun diguna rakyat Malaysia mencemarkan sungai dan lautan.

Plastik berbahaya kepada penyu, anjing laut dan burung laut.

Sea Turtle Conservancy mendapati sisa plastik marin mengakibatkan lebih 100 juta kematian hidupan laut.

Baca lain  Semangat membaca anak pedalaman

National Science Foundation dan the National Geographic Society pada 2021 merumuskan daripada 555 spesies ikan laut, 386 spesies menelan serpihan plastik bertoksik.

Kajian Wilcox 2018 mendapati 52 peratus penyu di dunia tersilap memakan sisa plastik yang terapung seperti obor-obor, rumput laut atau alga.

Bagi burung laut pula, apabila plastik memenuhi perut, ia tidak mempunyai ruang untuk mengisi makanan lain sehingga mati kelaparan. Manakala, apabila kepingan plastik yang lebih besar terurai kepada kepingan yang lebih kecil, mikroplastik yang halus terbentuk sehingga memasuki rantai makanan marin.

Hal ini menyebabkan pengambilan makanan berkurangan, tumbesaran terbantut, kerosakan oksidatif, pembiakan berkurangan dan tingkah laku tidak normal pada organisme marin.

Selain itu, pukat dan tali berasaskan plastik juga mengancam hidupan laut dengan menjerut mereka.

Menurut Tabung Alam Sedunia, setiap tahun 300,000 ikan paus dan ikan lumba-lumba secara tidak sengaja tersangkut dalam pukat ikan yang terbiar.

Bahan kimia plastik seperti Phthalates, Bisphenol A (BPA) atau Polybrominated sejenis toksik yang banyak ditemukan dalam ikan mengakibatkan kesan kronik ke atas kesihatan manusia termasuk gangguan endokrin dan proses mutasi yang mengakibatkan kanser.

Kajian mendapati, manusia kini makan 70,000 partikel mikro plastik setiap tahun yang membawa kepada penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang, alzheimer dan parkinson, kanser serta penyakit koronari.

Pencemaran alam sekitar marin turut memberi impak kepada rantaian makanan, pelancongan pesisir pantai dan komuniti pesisiran pantai, termasuk nelayan.

Baca lain  Bukan perjalanan terakhir

Sehingga 64 item/m2 setinggi 1930 item/m2, menyumbang 30 hingga 45 peratus daripada jumlah sisa terkumpul di sepanjang pantai – membawa kepada kerosakan global bernilai AS$13 bilion (RM55.7 bilion) setiap tahun akibat hilang pendapatan aktiviti pelancongan.

Basmin Maarof dari pertubuhan Ikram berharap kempen kesedaran dan pendidikan tentang perlindungan alam sekitar perlu ditingkatkan serta penggunaan plastik sekali pakai harus dihindari.

Kedai makan menggunakan pinggan dan cawan plastik pakai buang bertujuan mengurangkan kos mencuci, jelas memberi impak lain Institusi dan syarikat yang melaksanakan langkah penjagaan alam sekitar patut diberi penghargaan sebagai galakan.

Kempen kitar semula perlu dirancakkan sehingga setiap komuniti mampu menyediakan tong kitar semula sendiri, selain kempen menukar sampah dengan duit.

Turut dicadangkan agar menghentikan penggunaan penyedut minuman dan cawan plastik pakai buang untuk diganti dengan bahan diperbuat daripada sabut tandan kelapa sawit yang mesra alam.

Kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif memerangi isu sisa plastik marin ini termasuk membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030, Pelan Tindakan Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030: Ke Arah Masa Hadapan Yang Lestari dan kempen Laut Bebas Plastik.

Saat ini, penting bagi kerajaan di seluruh dunia bersatu mengurangi produksi plastik dan mencegahnya memasuki lingkungan alam khususnya laut

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

Selamat pagi cikgu

ADA yang tertekan kerana tinggal bersama-sama pesakit mental, ada yang daif dan ada yang terpaksa bekerja, demi kelangsungan hidup. Pada suatu hari, salah seorang murid

Langkah ke bilik guru

ORANG kata: Kalau nak hidup senang, jadilah guru. Dan kalau mahu pendapatan yang baik diterima setiap hujung bulan, jadilah guru. Sebab itu, ramai ibu bapa

Selamat jalan sahabatku

SIAPAKAH yang dapat menduga bahawa dua rakan karib akan pergi untuk selamalamanya dalam tempoh dua minggu? Itulah yang berlaku kepada saya. Manusia tidak akan dapat

45 kali veto

TERBARU, 142 negara daripada 193 ahli Majlis Umum PBB mengundi menyokong Palestin menjadi anggota penuh PBB dalam pengundian 10 Mei (Jumaat lepas) di New York.

BERITA TERBARU

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar