HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Sampel air kencing diragui, lelaki lepas dan bebas dakwaan ambil dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tertuduh (baju biru) berbincang dengan peguambela selepas perbicaraan penuh kes.

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun atas kesalahan mengambil dadah berulang.

Hakim Maris Agan memutuskan demikian apabila mendapati tertuduh Choo Ngee, 47, tidak bersalah selepas perbicaraan penuh.

Terdahulu, Peguam Fung Lee Fook yang mewakili Pang Choo berhujah, prosedur semasa pengambilan air kencing tertuduh adalah diragui kerana sampel yang dikumpulkan tidak bersih.

Fung Lee menekankan bahawa botol saringan air kencing yang digunakan oleh tertuduh telah tercemar kerana tidak ditutup dan tidak dilabel.

Perbicaraan kes bermula sejak November 2020, seramai enam orang saksi dipanggil termasuk tertuduh untuk memberi keterangan kes.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta yang sama, kerana memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badannya.

Dia melakukan perbuatan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Sarawak, kira-kira jam 6.40 petang, 16 Ogos 2019.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak melebihi tiga sebatan.

Sebelum ini, tertuduh dilaporkan mempunyai dua rekod lampau membabitkan aktiviti penyalahgunaan dadah pada tahun 2013 dan 2015.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie manakala tertuduh diwakili seorang peguam Fung Lee Fook.

Tertuduh (baju biru) berbincang dengan peguambela selepas perbicaraan penuh kes.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru