CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Samsudin hilang di laut Santubong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas pergi menghantar bot dari Santubong ke Kampung Lundu, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Samsudin Beden, 59, dipercayai keluar rumah pada jam 5.50 pagi namun sehingga kini masih belum tiba lagi ke Lundu.
Samsudin seterusnya dilaporkan hilang selepas kelibatnya turut gagal dikesan hasil usaha pencarian penduduk kampung itu di sekitar kawasan Kuala Lundu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya turut menerima panggilan bantuan sekitar jam 9.25 malam daripada Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak untuk turut serta dalam operasi pencarian.
“Seramai empat anggota diketuai PBK II Awang Affendi iaitu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petrajaya telah digerakkan ke lokasi susulan menerima laporan.
“Pasukan operasi turut melawat ke lokasi rumah mangsa terlebih dahulu bagi mengesahkan serta mendapatkan maklumat berkenaan laporan orang hilang yang diterima,” katanya.

. Gambar Samsudin Beden

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru