ARTIKEL

Ahsmon ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Pemantauan Rapat Penyelia (CMOS) IPD Kuching di IPD Kuching, hari ini.

Samun/ rompak, pecah rumah dan curi kenderaan penyumbang terbesar jenayah di Daerah Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Samun/ rompak, pecah rumah dan curi kenderaan menjadi penyumbang terbesar kepada kes jenayah di daerah ini setakat tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kes pecah rumah meningkat secara drastik kepada 20 kes tahun ini, apabila merekodkan sebanyak 33 kes berbanding 13 kes pada tahun lepas.

“Jenayah Lejang atau curi kenderaan turut meningkat sebanyak 12 kes tahun ini, iaitu daripada 33 kes pada tahun lepas kepada 45 kes,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Pemantauan Rapat Penyelia (CMOS) IPD Kuching di IPD Kuching, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kes samun/ rompak menurun tiga kes, apabila merekodkan enam kes tahun ini berbanding sembilan kes pada tahun lepas.

Sementara itu, Ahsmon berkata kes jenayah indeks meningkat sebanyak 98 kes dalam tempoh 1 Januari hingga 19 Februari ini, apabila merekodkan 186 kes berbanding 88 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Selain itu, katanya kes jenayah bukan indeks juga meningkat sebanyak 54 kes, daripada 102 kes pada tahun lepas kepada 156 kes pada tahun ini.

Baca lain  Majlis rumah terbuka BPHB meriah, semangat perpaduan diperkukuh
Ahsmon ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Pemantauan Rapat Penyelia (CMOS) IPD Kuching di IPD Kuching, hari ini.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu