ARTIKEL

Samz olah resipi biskut sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DENGAN 15 tahun pengalaman menjual kuih kering, biskut raya dan kek lapis Sarawak, Hamsiah Mohamad, 42, setia mengusahakan perniagaannya tanpa henti.

Pengalaman mendorong wanita berasal dari Kampung Pemindahan, Marudi ini mencuba dan menjual pelbagai produk termasuk produk hiliran seperti belacan dan keropok ikan belida.

Katanya, penjualan produk diproses itu beroperasi selama lebih lima tahun dan dijual pada harga yang berpatutan.

Menjadikan Samz sebagai jenama perniagaan, Hamsiah mampu menghasilkan pelbagai produk seperti keropok muruku, rempeyek, kuih tausa serta kuih raya seperti biskut semperit, biskut Almond London, biskut susu dan kek lapis Sarawak.

Hamsiah mendapat inspirasi berniaga apabila dia mengikuti beberapa program seperti Pembasmian Kemiskinan anjuran GiatMara pada 2009 dan program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada 2018.

“Saya menyertai kursus pembuatan kuih, roti dan kek dalam program yang diadakan oleh agensi tempatan.

“Melalui kursus tersebut, saya dapat mengembangkan kemahiran membakar kuih dan kini saya mampu membangunkan perniagaan sendiri. 

“Rugi jika ilmu yang dipelajari tidak dikembangkan ke dunia perniagaan dan tidak diperkenalkan kepada orang ramai,” jelasnya kepada Suara Sarawak. 

BANTUAN UNTUK PKS 

Hamsiah berkata, dia banyak menerima bantuan yang membantu perniagaannya berkembang dengan jayanya. 

Hasil menyertai pelbagai program, dia menerima pelbagai jenis bantuan dengan harapan dapat membantu usahawan kecil di Marudi.

Antaranya, ketuhar dan mesin pengadun daripada Kemas, Jabatan Pertanian Sarawak memberi bantuan mesin pengisar — pengisar belacan, mesin memotong kerepek serta GiatMara memberi bantuan seperti dua peti sejuk, tong gas dan peralatan lain. 

Bagi Hamsiah, bantuan tersebut sangat membantu mengembangkan perniagaan dan dapat digunakan dalam jangka masa panjang serta mampu memberi peluang kepada usahawan kecil meningkatkan kualiti produk mereka.

Walaupun mendapat bantuan daripada agensi berkenaan, Hamsiah masih kekurangan kelengkapan untuk berniaga. 

Di samping itu, keistimewaan perniagaan Hamsiah ialah cara pembuatan dan resipi yang diolah sendiri. 

Cara pembuatan dan rahsia resipi memberi kelainan serta kelazatan kuih yang dijual Hamsiah berbanding perniaga lain. 

Seperti perniagaan lain, mereka mempunyai ramai kakitangan untuk pemprosesan dan penyediaan kuih, tetapi Hamsiah hanya bekerja sendiri 

Ia menjadi cabaran Hamsiah menghasilkan lebih banyak produk. 

TEMPAHAN

Disebabkan minat mendalam dalam pembuatan dan penjualan kuih, dia berusaha mengatasi cabaran tersebut dengan sokongan keluarga dan sahabat.

“Kenangan manis sepanjang mengusahakan perniagaan ini apabila produk jualan saya mendapat tempahan di daerah Sarawak selain Miri serta pelanggan dari Brunei. 

“Saya tidak menyangka produk ini diketahui di luar negara.

“Terdapat 300 bungkus kuih muruku terjual di Brunei, manakala di Miri dan Marudi, saya menerima tempahan dari kedai bakeri sebanyak 100 bungkus kuih rempeyek dan muruku dalam tempoh dua bulan,” jelas Hamsiah. 

Selain itu, dia juga sering menerima tempahan menyediakan hadiah penghargaan dalam bentuk biskut atau kek lapis kepada tetamu kehormat setiap kali kampung itu mengadakan program.

Setakat ini, cawangan Samz hanya tertumpu di Marudi, tetapi perniagaan itu juga menerima tempahan dari Miri, Brunei, Bekenu dan Kuching. 

Nasihat Hamsiah kepada para peniaga agar tidak mudah putus asa. 

Menurutnya, cabaran dalam perniagaan sentiasa ada, namun cabaran tersebut pasti menjadikan usahawan itu lebih kuat. 

Sudah 15 tahun berada dalam bidang keusahawanan, Hamsiah semestinya mempunyai perancangan untuk terus maju.

Hamsiah berhasrat membuka kedai sendiri dan mempunyai cawangan di negeri lain seterusnya membuka cawangan di Brunei Darussalam sekiranya mempunyai peluang. 

Orang ramai boleh hubungi Hamsiah di talian 013 8389953 atau menghubungi melalui Facebook, Sammy Wishy untuk membuat tempahan.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

KONGSI PENGETAHUAN, PENGALAMAN

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr. Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu