ARTIKEL

Sang bedal masuk perangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Seekor buaya yang disedari orang ramai tiba-tiba muncul di dalam parit Jalan Balingian-Kuala Balingian, berjaya ditangkap dalam satu operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mukah, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mukah, Kapten (PA) Zuriza Sharkawi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan tangkapan.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi, anggotanya mendapati reptilia tersebut masih berada di dalam parit dan telah ditangkap orang awam dengan menggunakan jaring.

“Kita hanya mengikat haiwan itu sebelum membawanya ke darat. Operasi mengambil masa kira-kira 15 minit.

Ia kemudiannya diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sebagai tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemunculan kelibat sang bedal berukuran 1.5 meter itu disedari penduduk sejak beberapa hari lalu.

Mereka kemudiannya bertindak memasang jaring di dalam parit tersebut untuk menangkap buaya tersebut.

“Sebaik sahaja berjaya ditangkap penduduk menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan,” ujarnya.

KAPSYEN: Anggota APM Mukah menyerahkan buaya yang berjaya ditangkap kepada pihak SFC. — APM Mukah.

BERITA LAIN

Bot LSS hilang ditemui di Sungai Selumit

TANJUNG MANIS: Sebuah bot milik Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) yang dilaporkan hilang di Terminal Tanjung Manis telah ditemui semula di Sungai Selumit dekat sini,

Tiada keperluan kanak-kanak miliki media sosial

KUCHING: Tiada keperluan bagi kanak-kanak untuk memiliki akaun media sosial, kata Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak. Yang Dipertua MAPIM Sarawak, Datuk Rozalix Edi

LPKP Sarawak kemas kini garis panduan

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak sedang menyemak dan mengemas kini dasar serta garis panduannya bagi membolehkan tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap pemegang

BERITA TERBARU