KEPADAMU MERDEKA,
MALAM INI
Aku membaca sehalaman buku sejarah
mencari mentafora dan personafi kasi
bait-bait aksara ku hadam
tahun demi tahun
negaruku mundur atau maju
itulah persoalan di benak fi kiranku.
Anak-anak kecil tidak mengerti sejarah
berjabat tangan tanda penipuan di
khayalak
bicara diputar
memanipulasi berita.
Imbas kembali
darah-darah pahlawan sudah tiada
hanya yang berkuasa
terus mendapat tempat.
Anak-anak negeri mati
ditelan zaman
anak-anak negeri mati
kerana
hilang jati diri.
Mohamad Afiq Syazwan Azman
Kajang, Selangor.
PANTUN RAKYAT
DAN NEGERI (I)
Burung wak-wak terbang ke desa,
dihambat nyonya di waktu pagi;
orang sarawak berbudi bahasa,
sopan santunnya begitu tinggi.
Panas bahang di pantai timur,
musim memukat ikan belida;
negeri Pahang aman dan makmur,
Sultan dan rakyat berpisah tiada.
Ratu lebah tinggal di awan,
turun ke darat menyengat sapi;
rakyat Sabah cantik menawan,
adab dan adat dijaga rapi.
Pohon dahlia lebat berbunga,
daun tersusun melambai-lambai;
negeri Melaka indah persona,
rakyatnya rukun dan aman damai.
Sirih dan kapur diambil teman
gambir berbaki segenggam cuma
Kuala lumpur kota idaman
lubuk rezeki untuk semua.

Airul Affendi Ali
September 2023
Puchong, Selangor.
KE TEBING PERPADUAN
LELUHUR KITA
Dentum guruh menyeru garau suara pembebasan
meleraikan kemelut di muara perjuangan
arus derasnya adalah gejolak dalam
setiap penantian.
Terikan mentari mengocak keberaniaan
para pejuang
yang merintangi gagah sungai merah darah
dari luka daging yang tersiat
dari tikaman yang menusuk
dari nanah panahan dusta
menggugah gelombang kebangkitan
bangsa yang dinoda.
Apakah takdir kita kiranya
memerangi seteru di hulu
tanpa pendayung mahupun biduk
pada kibaran panji terakhir
di simpang yang berbeza
untuk memerdekakan nusa?
Selagi dapat kauredah
amukan pertembungan dua sungai
yang mengolek khabar derita
hapuskanlah segala benci
ranapkan segala janji
yang penuh kepalsuan
di tebing perpaduan, dibina leluhur kita.
Wafa’kan sumpah setia
agar tanah ini tidak
menggoncang amarah
yang memuntahkan isi perutnya.

bin Hj Miswan,
20 Ogos 23
Telaga Air, Sarawak.