Trending

SANGGAR PUISI

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Mohd Fadzly Hj Miswan

Samarahan 

10 Jun 2023.

Semanis Fikrah Ilmu

Setiap kalian memiliki langit yang berbeza

satunya; cerah, kelabu bahkan gelap

yang melarik bianglala itulah

mewarna citra alam

ruang yang mencipta kesempurnaan.

Biarpun kekadang dentuman

guruh di ufuk derita

bersabung menumpahkan noda silam

ia menjernih kembali dataran gersang

menyuburi renek pepohon fikrah

berputik manisan ilmu

di lembar hidup kalian…

KUZAI JOHARI KU

Tg. Malim

Februari 2023.

TULIP KUNING

Bak tulip kuning

rapat safnya dalam barisan

rukun hidup mengakar subur

di taman impian

mekar bersama

rebah bersama

layumu enggan diterima

di dunia yang fana.

CT NURZA

Jerantut, Pahang

RUBAI KEMILAU BUDI LAKSANA MANIKAM

Maha suci Allah Maha Pemberi

diberikan nafas menyambung hari

semua makhluk bersujud kepada-Nya

mohon keberkatan sepanjang hari.

Hamba nan patuh tidak derhaka

sibuk berusaha tiadalah leka

ayah dan bonda disanjung budi

beramal bakti jiwa dan raga.

Mulia pekerti insan segani

meskipun cuma anak petani

persepsi akal atas perbuatan

bijaksana fikiran pasti disantuni.

Kemilau budi laksana manikam

terang cahaya di waktu malam

biarpun tiada siapa melihat

di negeri akhirat mendapat saham.

Tanamlah budi sebelum mati

Allah dan rasul kita taati

iman dan ilmu jadi suluhan

kebun akhirat ganjaran menanti.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sanggar Puisi

HAFIZAH MUNIRAmpang, Selangor. SYAIR TINGGI DARJAT Ditulisnya warkah di dalam

Bicara Perang

ISMAIL HASHIM WARISAN PUTERI NEGERI SEMBILAN Angin yang menyisip ke

NUKILAN SHAA ZAINOL

Shaa Zainol anak kelahiran Pulau Pinang. Beliau lulusan Ijazah Sarjana

SANGGAR PUISI

SARAH ROSS4 November 2023Bukit Katil. Maafkan Untuk Ingatan  Yang Sering

HUJAN JATUH KE PASIR

Karya: AMERSARAWAKSADONG JAYA. “Salam… semua. Ada tak sesiapa yang ada

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru