ARTIKEL

Sanggar Puisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Aki Abdul Wahab

Pasir Gudang, Johor

BANGKITLAH JADI BIJAKSANA SEMULA

Sayang sebuah bangsa

Melayu, pengembara hebat merentasi lautan

kental usaha menang sorak.

luas daerah dan sempadan.

Kini

sedang menyeberang laut yang hilang

bersawah sejalur menjadi sejengkal

tanah sebidang terjual sudah.

Tepukan bergema raikan kemenangan yang hilang.

Hafi zan Jamal

Petaling Jaya.

HIDAYAH

Petunjuk bimbingan

kaya adab pekerti

berkat doa iman dikukuhkan

perlu mencari

pendidikan rabani pedoman

hidup.

Akar kata hadap

penjelasan sampaikan tujuan

petunjuk jalan ilham

al-Aql memahami.

Mellyaeshak

Bukit Baru, Melaka

4 Jun 2023.

LENTERA MALAM

Di atas atap tergantung ia

menerangi jalanan yang kelam

menyinari setiap sudut kota

tak ada gelap yang

menghentam

lentera malam warna-warni

seolah bicara dengan hati

menenangkan resah gelisah diri

menghantar pulang yang

berjalan sendiri

dalam gelap sebuah sepi

lentera malam peneman diri

membaca ayat qalam suci

bersujud hamba Tuhan abadi.

LAIN-LAIN BERITA

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

Nukilan HAZIQ AHMAD ZAKI

Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah

Menjual kolera

CLAYTON ROBERT bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak.Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu,

Sanggar Puisi

MERSARAWAK 31 Julai 2023 Sadong Jaya, Sarawak Di muara kasih Aku masih di sini memintal buih di kuku senja menghapus bayangku sendiri kerana di sana

Lampu putih

KARYA: MARYAM MAZLAN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM “MAI, kaulah yang pandu kereta, aku pening sangat ini. Nak buka mata pun tak larat rasanya.” Telapak

Silau kemarau

ABANG MEDIAN ABANG SAID SMK MARUDI, BARAM Silau kemarau mengelupas panas tanah merekah lembah kering terpokah dedaun kekuningan bergulungan layu tupai berdecit berlompatan mencari buah

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke