Trending

SANGGAR PUISI

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MENAGIH ILHAM

Debar daku menanti berita

duduk bersandar di kerusi merah

sambil mengayun sebatang pena

menganyam aksara indah pesona.

Asyik mencarik sekeping nota

menagih ilham di sela frasa

kian cepat melewati masa

menanti Dia curahkan idea.

Moga daku tidak terleka

meski mata hampir terlena

berkarya tanpa penat lelah

demi bakti pada agama.

Asyraff JaminNanga Tada

Pantun Nasihat Alam Kerjaya

Siang berlalu menghampiri senja,

Cahayanya pergi hilanglah terang;

Kalau selalu mengelak kerja,

Ke mana pergi dibenci orang.

Beralun gemersik syair hiasan,

Menjadi bukti indahnya karya;

Kalau asyik memberi alasan,

Teman pasti hilang percaya.

Deras berderap mengayuh perahu,

Gigih meredah melawan badai;

Kalau kerap berkata tak tahu,

Sampai ke sudah tak akan pandai.

Ulam jering kamcong puteri,

Pelengkap juadah nasi dan gulai;

Kalau sering menuding jari,

Masalah mudah tak akan selesai.

Ikan kelah menyembunyikan diri,

Hingga bahaya beredar berlalu;

Pandai-pandailah membawa diri,

Agar kerjaya dimudahkan selalu.

Asyraff Jamin

Nanga Tada

Mukhtar Mustafa

Bulgaria

Oktober 2018

Sofia

Berdiri di tengah kotamu

terbang seekor burung

dan singgah di hatiku.

Kaukah Sofia?

Mukhtar Mustafa

Bulgaria

Oktober 2018

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sanggar Puisi

HAFIZAH MUNIRAmpang, Selangor. SYAIR TINGGI DARJAT Ditulisnya warkah di dalam

Bicara Perang

ISMAIL HASHIM WARISAN PUTERI NEGERI SEMBILAN Angin yang menyisip ke

NUKILAN SHAA ZAINOL

Shaa Zainol anak kelahiran Pulau Pinang. Beliau lulusan Ijazah Sarjana

SANGGAR PUISI

SARAH ROSS4 November 2023Bukit Katil. Maafkan Untuk Ingatan  Yang Sering

HUJAN JATUH KE PASIR

Karya: AMERSARAWAKSADONG JAYA. “Salam… semua. Ada tak sesiapa yang ada

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru