Sanggup bunuh, kerat isteri hanya kerana kentang goreng

STOCKPORT: Thomas McCann, 49, dari Stockport, England dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada akhir Mac lalu setelah didapati bersalah membunuh isterinya Yvonne, 46, pada Mei 2020.

McCann dan isterinya dilaporkan bertengkar perihal sebungkus kentang goreng yang dikeluarkan dari peti sejuk, mengikut dokumen mahkamah.

The Guardian melaporkan, ekoran marah dengan isterinya, McCann mencekiknya di bilik mandi, kemudian tanpa belas kasihan mengerat badan Yvonne dan membuang beberapa cebisan di Taman Negara Reddish Vale.

Cebisan mayat Yvonne ditemui beberapa individu yang bersiar-siar dengan anjing mereka.

Menurut dokumen mahkamah, sebahagian anggota badan mangsa dibawa ke pusat kitar semula. Sepanjang masa itu McCann mengirim mesej kepada anak-anak, mengatakan Yvonne telah meninggalkannya.

Rakaman video yang disiarkan di mahkamah juga menunjukkan McCann membawa beg sampah dari keretanya dan berjalan menuju taman dan mengaku pembunuhan itu kepada polis.

Dia juga mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu.

Suara Sarawak