Sanitasi di Lion Nursing Home dan Rumah Kanak-kanak Bala Keselamatan sempena Tahun Baru Cina

KUCHING: Seramai 35 bomba Sarawak terlibat dalam operasi sanitasi di Lion Nursing Home dan Rumah Kanak-kanak Bala Keselamatan Kuching hari ini.

Pengarah Bomba Sarawak Khirudin Drahman berkata operasi tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

Tambahnya program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama bersama Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) Sarawak.

Sempena majlis, Khirudin turut menyerahkan sumbangan kepada kedua-dua pertubuhan selepas selesai operasi sanitasi selesai dijalankan.

SUMBANG…Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sarawak Khirudin Drahman@ Hussaini (kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Lion Nursing Home Tie Siik Chai

 

OPERASI… Pasukan bomba sedang menjalankan operasi sanitasi di lokasi