ARTIKEL

SANTUBONG Pelancongan Khazanah di S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Di sebalik deruan angin, hempasan ombak di sepanjang pantai Santubong,

tersimpan kisah silam yang mungkin tidak ramai yang tahu akan sejarahnya.

 Membangkitkan rasa ingin tahu sang pengembara mahupun pengkaji untuk meredah koridor sejarahnya, Santubong menjadi lokasi tumpuan sejarah, warisan dan khazanah, malah menjadi bukti kepada penempatan tamadun awal.

Ketika dunia semakin menghargai khazanah warisan, Santubong muncul sebagai mercu tanda pelancongan arkeologi, menawarkan perjalanan dan penerokaan secara mendalam tentang sejarah manusia.

Santubong bukan sekadar persinggahan, ia seolah-olah pintu gerbang membawa pelawat untuk merentasi masa ribuan tahun.

Kepentingannya bukan sahaja pada nama terkini, namun memiliki lapisan cerita yang tersembunyi termasuk evolusi manusia, perdagangan, budaya serta tamadun lampau.

Sebagai destinasi sejarah, ia menyelami cerita yang terukir di batu, tembikar dan artifak purba.

Melihat kepada potensi tarikan Santubong, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak bertuah kerana sejarahnya tidak bermula sejak seabad lalu mahupun ketika Raja Putih pertama — James Brooke menjejakkan kaki di Sarawak.

“Sejarah bermula lebih awal dari itu, lebih-lebih lagi, daripada penemuan dan artifak, ia membuktikan bahawa Santubong mempunyai kaitan sejarah dengan agama Hindu sebelum kedatangan Islam di Sarawak,” katanya.

Selain itu, turut menarik perhatian di tapak arkeologi di Santubong terdapat batu berukir dan banyak ditemui membuktikan penempatan tamadun.

“Kajian awal menunjukkan Santubong ialah tempat permulaan sejarah, seperti perdagangan awal di Borneo dengan dunia luar seperti Cina dan India.

“Dengan enam tapak termasuk satu monumen diwartakan di bawah Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993, Santubong dianggap sebagai salah satu destinasi pelancongan warisan utama di negeri ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU