WANITA Ikram Sibu menyantuni warga rumah panjang Dawi, Sungai Pasai Sibu sempena Program Gawai Harmoni anjuran Hidayah Centre Foundation Kawasan Sibu pada ahad lalu.
Turut serta menjayakan program ini ialah warga rumah panjang Dawi, Rakan Hidayah dan Ikram Sibu.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti free market bagi penduduk dan perkongsian Malaysians Against Pornografi bertajuk Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat.
Perkongsian tersebut disampaikan oleh Ketua Wanita Ikram Sibu, Ustazah Rayah Zakariah.
Seramai 20 peserta turut serta melibatkan murid darjah 1 sehingga darjah 6. Rumah Dawi kebanyakannya didiami oleh penduduk berbangsa Iban.