Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

SAR Eric dihentikan, fokus siasatan saintifik bagi merungkai petunjuk berkaitan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Operasi pencarian kanak-kanak hilang, Eric Chang Wei Jie, 4, yang dipercayai dibunuh dan dibuang di jeti Muara Tebas, di sini, dihentikan pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pencarian yang bermula pada 13 Mac sehingga kini masih belum mendapat sebarang petunjuk dan dihentikan setakat jam 6 petang semalam, sekali gus merupakan hari terakhir.

Katanya, pencarian mangsa melibatkan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Marin (PGM) serta bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Skop pencarian melibatkan kaedah pemantauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU), pencarian di permukaan melibatkan semua agensi, unit anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta unit penyelam Pasukan Gerakan Marin.

“Meskipun pelbagai alternatif telah diambil, namun pencarian terbatas atas beberapa faktor seperti bentuk muka bumi, ancaman binatang buas, cuaca dan keadaan air pasang surut di lokasi pencarian,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Justeru, beliau berkata, pasukan siasatan akan meneruskan tumpuan siasatan secara saintifik bagi merungkai petunjuk berkaitan.

Dalam pada itu katanya, pihak polis sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kes kehilangan mangsa diklasifikasikan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dipercayai dibunuh sebelum dibuang ke sungai di Muara Tebas.

Dua orang suspek iaitu penjaga mangsa ditahan reman sehingga 24 Mac bagi membantu siasatan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk