ARTIKEL

SAR lelaki hilang di Kampung Pangkalan Kuap bersambung hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki hilang di Kampung Pangkalan Kuap, di sini bersambung semula hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi mencari mangsa, Mohamad Fadzillah Pawe, 27, pada hari kedua semalam dibahagikan kepada tiga sektor dan turut disertai anjing pengesan Daisy dari unit K9.

Katanya, seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, empat anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 24 orang awam terlibat dalam mencari mangsa.

“Lokasi operasi SAR berpandukan maklumat orang kampung. Pasukan A membuat pencarian bermula jalan masuk kampung menyusuri sungai menuju ke hilir dan merentasi tokong, sehingga ke kawasan batu besar yang dipercayai lokasi keberadaan mangsa.

“Pencarian seterusnya ke kawasan tanah perkuburan, trak angkat susun dan tanah kuning. Manakala pasukan B membuat pencarian di sektor C.

“Setakat ini, operasi SAR masih tidak menjumpai sebarang jejak dan penemuan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR ditambah dua hari lagi hasil perbincangan bersama Ketua Polis Daerah, APM, ketua kaum dan atas permintaan ahli keluarga mangsa.

Katanya, ketua kaum memaklumkan operasi SAR akan dijalankan di sepanjang sungai kawasan Kampung Pangkalan Kuap.

Operasi ditangguhkan pada jam 5 petang semalam dan bersambung semula hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,