ARTIKEL

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Lutong, semalam(Ahad)

SAR selamatkan lelaki terjatuh dari Jambatan Lutong diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Lutong, semalam (Ahad) diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata SAR warga emas yang belum dikenalpasti identiti itu melibatkan pegawai kanan dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lutong, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri dan Anggota Pertahanan Awam.

Beliau berkata SAR dijalankan selepas pihaknya menerima laporan orang awam mengenai kejadian itu pada jam 4.21 petang Ahad.

Berdasarkan laporan tersebut, katanya pengadu mendakwa semasa memandu kereta dari arah bandaraya Miri menuju ke Lutong kira- kira jam 2.10 petang, seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat sedang duduk di tepi jambatan berkenaan.

“Melalui cermin sisi, pengadu melihat lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam Sungai Lutong,” ujarnya menerusi satu kenyataan media, hari ini (Isnin).

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang tidak benar kerana dikuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Baca lain  Utamakan keselamatan! patuhi SOP dengan keyakinan, disiplin dan tanggungjawab

 “Sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut boleh menghubungi IPD Miri  di talian 085 432222/095 433400/ 085 433730 atau Balai Polis Lutong(095 655202),”tambah Alexson lagi.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan