Trending

Sara-X buka peluang kerja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PUSA: Sarawak menyediakan peluang pekerjaan kepada pemain industri kemahiran menerusi aplikasi telefon pintar Sara-X, sekali gus memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Ketua Pegawai Eksekutif SaraX Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Rasdi memberitahu, Sara-X merupakan aplikasi digital telefon pintar yang dibangunkan dengan konsep ‘semudah satu klik’ untuk komuniti mendapatkan perkhidmatan seperti memotong rumput, penyelenggaraan penyaman udara dan membaiki peralatan elektrik.

“Aplikasi ini membolehkan orang ramai yang ingin mendapatkan tiga perkhidmatan tersebut dengan cukup mudah, cuma klik sahaja di telefon pintar masing-masing. “Oleh kerana ia masih baharu, setakat ini kita cuma ada 10 penyedia perkhidmatan yang berdaftar (lengkap memuat naik dokumen) yakni masih kurang, walaupun permintaan amat tinggi.

“Justeru, kita mengharapkan sokongan media tempatan untuk mempromosikan aplikasi Sara-X. “Kita menyasarkan pada bulan pertama sebelum dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, InsyaAllah April depan,

Sara-X dapat menawarkan penyedia perkhidmatan yang mencukupi. “Sekurang-kurangnya setiap bidang ada lima penyedia perkhidmatan sepenuh masa yang sanggup menerima permintaan daripada pengguna,” katanya kepada Suara Sarawak.

Untuk tujuan tersebut, pihaknya bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs), Giatmara dan Institut Kemahiran Malaysia (IKM). Untuk permulaan, Sara-X akan memfokuskan perkhidmatan di Kuching.

“Saya melihat Sara-X cetusan idea Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan inisiatif Ketua Menteri dan Centexs mempunyai potensi besar sama seperti perkhidmatan e-hailing yang lain.

“Orang ramai tidak perlu lagi menyimpan nombor telefon penyedia perkhidmatan seperti sebelum ini, sebaliknya hanya klik saja,” ujarnya.

Kamarulzaman memberitahu mereka membangunkan dua elemen. “Pertama, aplikasi penyedia perkhidmatan iaitu setiap orang yang mempunyai kemahiran dan pengalaman boleh mendaftar. Syaratnya, mempunyai sijil kemahiran atau testimoni daripada majikan (tempat berkerja).

“Manakala aplikasi pengguna pula bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan. Jadi, dua komponen ini akan berhubung secara konsep e-hailing. “Maknanya, kita (pengguna) perlu menekan butang ‘permintaan’ pada aplikasi Sara-X dan isyarat akan dihantar kepada semua pemain kemahiran yang berdaftar. Sesiapa yang menjawab, maka dia akan mendapat pekerjaan tersebut.

“Maka, kita sudah memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” jelasnya. Tambahnya, setakat ini permintaan tertinggi yang diterima ialah perkhidmatan memotong rumput dan penyelenggaraan penyaman udara. Sara-X sudah mempunyai lebih 500 pengguna.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru