Sarang lebah sebesar tayar hilux

MIRI: Penemuan sarang lebah bersaiz sebesar tayar hilux di luar sebuah apartment di Bahagia Residensi, Vista Perdana di sini mengejutkan para penghuni setempat, malam kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang merupakan pihak pengurusan apartment itu pada jam 3 petang.

“Wanita itu menerima aduan daripada pemilik unit bahawa terdapat sarang lebah di tepi tingkapnya.

“Atas faktor keselamatan penghuni rumah dan penghuni unit lain, wanita itu menghubungi talian kecemasan meminta bantuan memusnahkan sarang terbabit,” jelas beliau.

Menurutnya, sepasukan ditugaskan ke lokasi terbabit dan tiba pada kira-kira jam 8.07 malam membantu memusnahkan sarang tebuan itu.

“APM membuat pemeriksaan di lokasi yang dinyatakan pengadu dan berjaya menemui sarang lebah sebesar tayar hilux di tepi tingkap apartment dengan ketinggian empat tingkat bangunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Hazle berkata, mereka berjaya memusnahkan sarang lebah dengan teknik membakar.

Suara Sarawak