DEBAK: Pasukan Saratok VT berjaya menjuarai kejohanan Bola Tampar Tertutup P204 Betong dan Jemputan selepas menundukkan pasukan tuan rumah (3-1) pada aksi final di Gelanggang Terbuka Debak, Ahad lalu.
Dibarisi beberapa pemain pengalaman, pasukan pengunjung memberi saingan sengit terhadap tuan rumah untuk merangkul kejuaraan biarpun berjaya memenangi set pertama perlawanan.
Justeru, kegagalan memanfaatkan kemenangan pada set pertama menyebabkan Saratok VT kembali mengejar pada set kedua sehingga memenangi tiga set terakhir sekali gus menyaksikan kemenangan memihak kepada Saratok VT untuk merangkul gelaran juara.

Sementara itu, tempat ketiga diungguli oleh pasukan Kabong VT diikuti pasukan KRSK Beladin kekal di tangga keempat.
Terdahulu, seramai 12 pasukan secara keseluruhan dari bahagian Kabong sehingga ke Sri Aman telah menyertai kejohanan.
Antaranya, pasukan FRDM, MVC, Pertinam VT, Phantom VC, Spaoh, dan MRSM.