ARTIKEL

Sarawak akan mempunyai sistem yang kukuh beri bantuan kepada rakyat – Abang Johari 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: “Selagi rakyat Sarawak bersatu di belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS), Sarawak mempunyai sistem yang kukuh untuk memberi bantuan kepada rakyat”. 

Demikian jelas Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi mengumumkan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan universiti secara percuma kepada semua anak Sarawak menjelang tahun 2026.

Menurutnya, beliau bersama dengan rakan kabinet GPS menetapkan matlamat untuk memastikan bahawa pada tahun 2026, semua anak Sarawak dapat mengejar pengajian ke peringkat universiti tanpa perlu membayar yuran.

“Hari ini dah 2024, seterusnya 2025, dan 2026, kami akan terus berusaha untuk mencapai matlamat ini. 

“Malah kami yakin bahawa ekonomi pada ketika itu akan lebih mantap, membolehkan kami menyediakan pendidikan universiti secara percuma tanpa mengecualikan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Tebingan Sungai Kuching, di sini, semalam.

Beliau juga mendedahkan bahawa pernah ditanya mengenai kebolehan untuk mengekalkan program ini. 

“Saya memberi jaminan bahawa kita mampu mengekalkannya selama rakyat Sarawak bersatu padu di belakang kita. 

“Kami mempunyai sistem sokongan yang kukuh dan bersyukur atas sokongan yang diterima,” ujarnya. 

Dengan ekonomi yang semakin baik ketika ini, beliau mendedahkan bahawa kerajaan dapat memberi balik kepada rakyat dari sudut pembangunan pendidikan.

“Kita membantu pelajar di Sarawak, kita beri komputer riba kepada pelajar, baucer buku malah kita juga membantu pelajar membayar PTPTN mereka,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Abang Johari mendedahkan bahawa beliau telah dijemput untuk memberi ucapan di Itali bulan depan. 

Bagaimanapun beliau kesal kerana tidak dapat menunaikan hasrat berkenaan ekoran perlu menghadiri Majlis Angkat Sumpah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Kalau dapat pergi, saya yang akan mengajar orang putih ini rasanya…anak daripada Sarawak mengajar orang Putih. 

“Sayangnya saya tak dapat hadir kerana YDPA mengangkat sumpah…saya diminta berucap mengenai dengan iklim dan ekonomi baharu di sana,” katanya.

Mengimbas kembali pada 2023, Abang Johari bersyukur mendapat peluang pergi ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membincangkan isu masalah iklim dunia. 

“Dunia kini panas, semua negara maju mengeluh tentang karbon. Namun Sarawak bukan hanya net zero, malah menjadi negatif oksigen dengan banyaknya karbon.

“…ini membuatkan saya mendapatkan sambutan hangat di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 28) berkenaan,” ujarnya.

Tambahan pula, Abang Johari menegaskan bahawa ekonomi negeri akan terus berkembang dan menjadi lebih stabil pada 2024.

“Kita mungkin mempunyai organisasi besar yang akan kita ambil alih pada 2024. Biar saya umumkan bila saya akan ambil alih.  Tapi insyaAllah pendapatan semua orang akan bertambah,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

Hapus penyakit denggi, bersih kawasan rumah

SARATOK: Kes denggi telah dikesan di kawasan Kampung Melango Baru dan Kampung Melango Hulu di sini pada 16 Februari lepas. Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh

BERITA TERBARU

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu