Trending

Sarawak akan tubuhkan syarikat penerbangan sendiri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak akan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri untuk meningkatkan industri pelancongan dan memacu perniagaan di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata syarikat penerbangan yang dicadangkan kerajaan negeri itu tidak bermotifkan keuntungan, sebaliknya, hanya untuk membantu memudahkan ketibaan pelancong ke Sarawak.

“Matlamatnya adalah untuk terbang ke destinasi antarabangsa seperti Singapura, Jakarta, Hong Kong, Jepun dan Bangkok,” katanya dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, hari ini.

Jelas beliau, usaha ini akan menjadi pemangkin ke arah membawa Sarawak ke peringkat seterusnya dengan kesalinghubungan dan akses yang lebih baik kepada dunia.

Tambahnya, kesalinghubungan udara yang lebih baik bukan sahaja akan meningkatkan pelancongan, tetapi, ia akan memudahkan dan mempercepatkan pembangunan sosioekonomi, perdagangan dan e-dagang di Sarawak.

Selain itu katanya, Kerajaan Sarawak juga sedang melaksanakan penambahbaikan kepada saluran Sungai Baram dan Pelabuhan Miri dan kemudahan pelabuhan laut dalam Samalaju di Bintulu.

“Kami juga sedang meneroka pembangunan pelabuhan laut dalam baharu untuk Lawas dan Kuching, pada masa hadapan,” ujarnya sambil menambah ini penting bagi Sarawak untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan di seluruh dunia terutamanya untuk makanan, tenaga, alat ganti dan komponen.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru