Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Sarawak akur penutupan sekolah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak akur kepada arahan penutupan sekolah di seluruh negara mulai Isnin ini sehingga ke tarikh akhir sesi persekolahan tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keputusan Kementerian Pendidikan itu adalah demi menyelamatkan keadaan ekoran penularan Covid-19 yang membimbangkan.

“Mereka mengetahui apa yang berlaku, mereka juga tahu apa yang bahaya.

“Kita akur, ini untuk menyelamatkan keadaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB hari ini.

Ditanya mengenai masalah dihadapi pelajar luar bandar untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian disebabkan rangkaian internet yang tidak stabil, Abang Johari menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan.

Katanya, Kementerian Pendidikan mempunyai kuasa dalam pendidikan dan beliau yakin kementerian mempunyai alternatif untuk menjalankan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Saya pasti mereka ada alternatif kerana kini semuanya menggunakan secara dalam talian,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru