Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sarawak antara panel Kongres Dunia Mudah Alih 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERUCAP… Julaihi berkongsi usaha dilaksanakan Kerajaan Sarawak pada hari pertama MWC23, semalam.

KUCHING: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi telah diundang sebagai penceramah Kongres Dunia Mudah Alih 2023 (MWC23) yang diadakan di Barcelona, Sepanyol bermula semalam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Sarawak diberi penghormatan dengan menjadi antara panel berucap pada hari pertama MWC23, anjuran Huawei Technologies dan turut dihadiri seramai 150 delegasi antarabangsa.

“Pelbagai perkara dibincangkan seperti penyediaan kesalinghubungan telekomunikasi komuniti luar bandar, selain usaha Kerajaan Sarawak melengkapkan inisiatif Kerajaan Persekutuan melaksanakan infrastruktur telekomunikasi bagi mempercepatkan transformasi digital di negeri ini.

“Turut ditekankan pelbagai teknologi ketersambungan jaringan digitalisasi yang digunakan untuk menyediakan ketersambungan kepada masyarakat luar bandar,” kata kenyataan itu, hari ini.

BERUCAP… Julaihi berkongsi usaha dilaksanakan Kerajaan Sarawak pada hari pertama MWC23, semalam.

Kenyataan itu juga memberitahu antara objektif delegasi Sarawak menghadiri MWC23 adalah meneroka penyelesaian alternatif dan penyelesaian antara rangkaian yang akan memacu pertumbuhan ekosistem telekomunikasi.

“Delegasi Sarawak turut mendapatkan pandangan berhubung sambungan telekomunikasi dan inovasi digital terkini serta teknologi yang dipamerkan oleh pemain industri dan profesional terkemuka.

“Pada masa sama, golongan profesional dan pemain industri tersebut turut dijemput ke Kongres Inovasi dan Teknologi Sedunia (WCIT) 2023 yang akan dianjurkan di Sarawak bermula 4 hingga 6 Oktober 2023 di Kuching,” tambahnya.

Hadir sama, Timbalan-Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Jafri Lias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Sudarnoto Osman.

KONGRES… Julaihi (dua kanan) dijemput berucap pada hari pertama MWC23, semalam.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru