ARTIKEL

Abang Johari (tiga kiri) ketika hadir Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy di Menara Sarawak Energy di sini, hari ini. (Foto oleh Mohd Alif Noni)

Sarawak bakal bentang tiga RUU dalam sidang DUN Mei ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal membentangkan tiga Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, yang dijadualkan bermula 6 Mei ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata antara RUU itu adalah berkaitan perhutanan, RUU perbekalan tambahan dan untuk membentuk RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak yang baharu.

“Ya, ada, saya rasa tiga rang undang-undang yang akan dibentangkan satu berkaitan dengan perhutanan, satu lagi RUU perbekalan tambahan, kerana kita perlu mempunyai bajet yang mencukupi untuk Sukan Malaysia (SUKMA) kita dan RUU berkaitan pelabuhan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy di Menara Sarawak Energy di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai rang undang-undang berkaitan perhutanan, Abang Johari berkata butiran itu akan didedahkan semasa persidangan DUN nanti.

“Tunggu dulu, saya akan jelaskan semasa sidang (DUN). Masih terlalu awal untuk menyatakannya. Tetapi yanh pasti kita mempunyai tiga RUU,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya sebelum ini, Abang Johari berkata beliau akan berada di Bangkok, Thailand pada 15 Mei untuk menyampaikan perkongsiannya mengenai pembangunan tenaga.

“Insya-Allah, pada 15 Mei ini, saya akan berkongsi mengenai pembangunan tenaga, khususnya memberi tumpuan kepada peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui.

“Ini memberi peluang untuk menyampaikan pandangan kami kepada orang lain di luar negara. Jadi, apabila saya pergi ke sana, II akan menjadi wakil untuk Sarawak serta Sarawak Energy (SEB),” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan