ARTIKEL

Premier ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Pameran Laterasi kewangan di Muzium Budaya Sarawak, di sini, hari ini. | JAPEN

Sarawak bakal beri bantuan pendidikan kepada anak Sarawak yang menuntut di IPTA, IPTS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa bantuan pendidikan akan diberikan kepada anak Sarawak yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan IPT Swasta.

Beliau berkata, perkara itu (bantuan) akan diumumkan menerusi pembentangan belanjawan Sarawak 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung bulan ini. 

“Dalam dasar Sarawak ke arah memberikan pendidikan percuma pengajian tinggi menjelang 2026, kita mengambil kira bantuan yang harus kita berikan untuk yang belajar di IPTA dan IPTS dalam belanjawan kita untuk tahun depan.

“Hari ini, saya cuma beri bayangan sahaja, ia antara bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Sarawak..dan ada bantuan-bantuan lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Pameran Laterasi kewangan di Muzium Budaya Sarawak, di sini, hari ini. 

Abang Johari juga mendedahkan bahawa anggaran untuk pelajar yang menuntut di IPTA dan IPTS satu tahun adalah 5,000 pelajar.

“Kita tahu bahawa banyak perkara-perkara yang perlu mereka (pelajar) miliki seperti komputer riba, harganya agak tinggi, jadi kita harus membantu (pelajar Sarawak) khasnya dari keluarga golongan B40.

“Selain daripada ini, kita juga difahamkan bahawa buku teks juga agak mahal dan kita akan memberi bantuan buku teks kepada pelajar Sarawak di IPTA dan IPTS,” ujarnya.

Pada 6 November lalu, Abang Johari berkata hasil negeri bagi 2023 dijangka melepasi rekod yang ditetapkan pada 2022 dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh tiga minggu, yang dilihat mampu memecahkan rekod 2022.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP